Thursday, May 5, 2011

Kek Coklat Express

Kek coklat express utk perabih chocolate ganache kat dalam peti sejuk.  Kek coklat yg dimasak pakai microwave. Guna resipi yg pernah my hb kongsi kat myresipi. Satu-satunya kek yg pernah my hb masak masa kat jepun dulu dan satu-satunya juga kek yg dia pernah masak dalam hidup dia.... :-).

My cake ni agak kering lorr tak mcm yg dia masak dulu. Setting microwave yg diguna la ni tak sama dgn microwave yg digunakan masa kat jepun dulu. Jenuh nak cari mana nak tekan utk setting 500W tu ;-( . Nak kena study manual book nih..


Bahan-bahan ( 1 loaf poundcake )
  • 100g mentega
  • 100g gula
  • 2 biji telur- dipukul sedikit.
  • 40g tepung gandum
  • 40g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Cara-cara
  1. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sikit. Pukul sehingga putih.
  2. Masukkan pula telur sikit demi sikit. Pukul sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan yg boleh diguna utk microwave.
  5. Kemudian masukkan ke dalam microwave. Masak selama 4 minit 30 saat - 5 minit dengan 500W.
  6. Bila dah masak tu mungkin ada bahagian yg lembik. Jangan risau, kek tu dah masak sebenarnya.. bahagian lembik tu yg paling sedap. Kek ni sesuai juga dimakan dengan vanila icecream, jadikannya sebagai dessert

makan dgn eskrem..

Sunday, May 1, 2011

Blended Orange Madeleines

Masa ngendap blog kak Ayu cari resipi sambal hitam pahang ternampak blended orange madeleines. Tergoda nak try. Lagipun dah lama madeleines mould tak digunakan. Sebelum ni pernah nampak kat blog2 lain. Tapi biasanya depa buat bentuk kek biasa macam resipi asal. Antara resipi yg hot sekarang ni kat myresipi. Berpuluh-puluh laporan masakan yg org buat kat sana nun.. semuanya komen sedap2 belaka.

Terima kasih pada kak Ayu Curlybabe's Satisfaction kerana berjaya membuat diriku turut tergoda utk buat kek ni. Memang sedap sangat.. tak rugi mencuba.




Resipi asal Blended orange cake
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus (ikut Kak Ayu .. guna 1 cwn je )
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.



Buat bentuk kecik-kecik senang budak-budak nak makan..

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails