Saturday, October 9, 2010

Blueberry pankek


Bahan-bahan:-
  • 100g jem blueberry 
  • 2 biji telur
  • 120g tepung gandum - ayak
  • 1 sudu besar susu tepung -ayak
  • 1 sudu kecil baking powder - ayak
  • 2 sudu besar air
  • 40g mentega cair
  • 40g gula
Cara-cara:-
  1. Masukkan telur,gula,air dan jem ke dalam mangkuk.Kacau sekejap dgn "hand whisk"
  2. Masukkan mentega cair. Kacau lagi.
  3. Masukkan 1/3 daripada bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk tadi. Kacau lagi.
  4. Masukkan lagi yg selebihnya. kacau cepat-cepat supaya tak berketul.
  5. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega.
  6. Ambik 1 senduk adunan tadi. Letakkan ke dalam kuali yg telah panas.
  7. Apabila dah nampak lubang-lubang pada permukaan pancake, bolehlah balikan pancake ke permukaan satu lagi. Biarkan sehingga masak.
** Note :-
  1. Pancake ni rasa manis. Sesuai dimakan begitu saja atau dengan mentega.
  2. Perlu masak dengan api perlahan untuk mengelakkan dari cepat hangus.
  3. Ada org blend je semua bahan-bahan tu. Tapi tak tahulah rasanya sama atau berbeza. Saya buat ikut cara di atas.

Friday, October 8, 2010

Nasi yogurt

Oleh kerana hari ni dah berada di penghujung minggu banyaklah stok-stok yang dah kembali ke kedai. So terpaksalah kreatif sikit mengikut apa yg tinggal. Nak masak nasi tomato, tomato puree pulak takde.. buat tomato pun tinggal sebiji. Tomato  tu kalau si Alif nampak pula mesti dia nak. Suka sangat dia makan tomato. Sebiji yg besar tu dia boleh abihkan sorang-sorang. Makan macam buah epal pulak. Tapi dia tak reti lagi nak sebut nama epal dengan tomato tu. Yang dia tahu sebut "ball". Semua yang bulat itu dipanggil "ball". Kalau buka peti ais tu dia minta ball. Maksudnya nak epal ataupun tomato.

Nak masa tadi belek stok-stok dalam peti sejuk nampak yogurt. So apa lagi hentam buat nasi yogurtlah. Resepi main hentam sendiri..  Anak-anak kata sedap. So kira menjadilah tu..



Nasi Yogurt
Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras basmati
  • 1 cawan yogurt tanpa perisa
  • 2cm halia-dicincang- dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1/2 bwg besar- dicincang halus
  • 1btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 kiub ayam
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar gula
  • 5 cawan air 
  • kismis secukupnya

Cara-cara:
  1. Cuci beras dan rendam selama 20 minit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan juga mentega. Tumis buah pelaga,kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan juga bahan yg dicincang sehingga wangi. Masukkan beras dan kacau sehingga sekata.
  3. Masukkan air,kiub ayam,yogurt,gula, garam. Masaklah nasi macam biasa.
  4. Bila air dah kering, masukkan kismis dan kacau nasi biar semua bahan-bahan sekata. 
Dan ini peneman untuk nasi yogurtnya,. ayam masak merah berempah . Resipi yang diangkut dari rumah Kak Nor nun di Terengganu. Rasanya sesuai sangat bila nasi yg ada rasa masam manis ni diganding dengan lauk ayam pedas macam ni. Sekali lagi terima kasih buat Kak nor yg sudi berkongsi resipi ni.

Dan ini hidangan sampingan yang lain sebagai pelengkap untuk lunch menu hari ni.

Acar kobis 
( kobis+timun+carrot - main hentam semua apa yg ada dalam peti sejuk)

Kerabu Mangga
(mangga+carrot+cili padi+ lime powder+sos ikan+cili padi+ kacang tanah
-ni pun untuk perabihkan stok mangga dalam peti sejuk)

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails