Tuesday, July 31, 2012

Lemon & Strawberry Macarons


Edisi perabih telur putih dalam peti ais..........



Lemon/ strawberry Macarons

Bahan-bahan:
  • 40g telur putih(suhu bilik)
  • 30g gula kastor
  • 40g almond ground
  • 70g icing sugar
  • 1 sudu kecil lemon / strawberry paste
  • sedikit pewarna kuning / merah

Lemon Krim :
  • 50g cream cheese
  • 50g whipping cream
  • 1 sudu kecil gula kastor

Cara-cara

  1.  Ayak almond ground,dan icing sugar.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul telur putih dgn gula kastor sehingga bertanduk. Masukkan bahan yang diayak. Masukkan lemon/ strawberi paste dan pewarna kuning/merah. Kaup balik dengan spatula sehingga sebati. ( Nak tahu ok ke dak... kaup sket adunan dengan spatula, tuangkan semula ke dalam mangkuk. Kalau dia jatuh smooth seperti ribbon... kira ok ler tu. Kalau pekat... kacau lagi tapi jangan sampai terlebih pulak.. Proses ni amat ptg . )
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat... pipe bentuk bulat sebesar 2.5-3 cm. Ketuk-ketuk belakang dulang untuk memecahkan gelembung2 udara yang terbentuk.
  4. Biar permukaan betul-betul kering sebelum dibakar ( bila sentuh, aduanan tak melekat pd tangan... sket pun tak.. takde rasa lekit2 pun .. hat ni pun ptg jugak ni.. kalau tak macarons jadi merekah bila dibakar.)
  5. Bakar selama 15 minit dgn suhu 150 degree - hat ni pun bergantung pd oven gak dan saiz macarons yg kita buat.

Monday, July 30, 2012

De Campak Mee Goreng

Gambar iftar selalunya tak sempat nak ambik.. so layan jer menu orang tak pose..
Untuk lunch hari ni dia order "mee goreng cayur (sayur)" ..

So ni ler menu De campak-campak mee goreng. Satu keping mee, kongsi untuk dua orang. Buh udang sekor tapi takde sape nak makanlah pulak. Huhuhu bulan pose gini sape yg nak tolong habiskan. Biasanya mak dia yg akan jadi " muka tong sampah" bak kata ijayuji di komennya sebelum ni.

 Sebelum makan



 yang tinggal selepas dimakan oleh 2 mulut kecik..


Ni ler 2 orang budak yg tak pose dlm rumah ni.. Sorang 3 tahun dan sorang lagi 1 tahun.

 budak kecik 3 thn.. 

budak kecik 1 thn



Friday, July 27, 2012

Tembikai dalam Jeli Soda

Tembikai dalam jeli soda... Ish susahnya nak buat entry. Asyik ada gangguan budak kecik je... Layan jerlah gambo-gambo ni. Resipi dari buku resipi Pencuci Mulut.


UPDATE
Tembikai Dalam Jeli Soda
Sumber: Buku Jom Berjimat Menyediakan Pencuci Mulut

Bahan-bahan ( 4-5 cups):
  • 250ml aiskrim soda
  • 13/4 sudu kecil gelatin
  • 3 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil jus limau nipis/lemon
  • tembikai secukupnya
Cara-cara:
  1. Ceduk isi tembikai ke dalam bekas yang sesuai dan ketepikan.
  2. Masukkan gula ke dalam air panas. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu masukkan gelatin. Kacau sehingga gelatin larut.
  3. Masukkan pula aiskrim soda dan jus limau. Kacau sebati. Kemudian tuang ke dalam bekas yang mengandungi tembikai tadi. Sejukkan dalam peti sejuk

Dapatkan juga resipi-resipi menarik yang lain dari buku Jom Berjimat Menyediakan Pencuci Mulut




Thursday, July 26, 2012

Nasi Goreng

Nasi goreng carrot banyak-banyak.. request oleh budak yg tak pose..




Hippopotamus Bun

Bun untuk 2 org kanak-kanak ribena yang tak pose..

 Gambo gegar abih 
duk kalut dgn budak kecik yg tak sabor nak ambik.. 


See.. dah tinggal sekor

Wednesday, July 25, 2012

Onigiri Tuna Mayonis

Menu bersahur kami pagi tadi. Kalau tak masak ni pagi tadi mahu anak terunaku tarik muka 14 lagi. Orang lain abih 2 ketul, dia boleh habiskan 3 ketul. Memang peberet dia dari kecil lagi ni.


Onigiri Tuna Mayo
Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras jepun
  • 3 cawan air
  • sedikit garam
  • 1 tin tuna in olive oil
  • 1-2 sudu besar mayonis 
  • nori ( seaweed) secukupnya
Cara-cara:
  1. Cuci beras dan masak seperti biasa dengan sedikit garam.
  2. Keluarkan tuna dari tin( buang minyaknya). Gaulkan dengan mayonis.
  3. Basahkan acuan onigiri. Masukkan sedikit nasi, buat lubang ditengah dan masukkan tuna mayo tadi. Tutup lagi dengan sedikit nasi. Tekan padat-padat. Balutkan onigiri dengan nori. Ataupun kalau takde acuan boleh kepal guna tangan.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam tak kira di mana jua berada terutamanya buat semua TETAMU blog ini. Semoga puasa kali ini lebih baik dari yang sebelum- sebelumnya... Insya Allah


Friday, July 13, 2012

Tortilla Chips

Aktiviti menghabiskan tortilla.






Tortilla chips

Bahan-bahan

  • tortilla ( boleh beli yg dah siap atau kalau rajin boleh buat sendiri.. )
  • garlic spread
Cara-cara:
  1. Sapu garlic spread pada permukkan tortilla. Potong kecil-kecil
  2. Bakar dgn suhu 180 degree selama 5 minit. Kalau masih lembut biar 1-2 minit dlm oven kemudian keluarkan dan sejukkan .

Tortilla 
( makcik lupa nak amik gambolah... dah siap buat chips baru terfikir nak share resipi kat sini)

Bahan-bahan ( 9 biji -18cm):
  • 300g tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar olive oil/ minyak masak
  • air suam secukupnya
Cara-cara:
  1. Masukkan tepung, garam dan minyak ke dalam mangkuk. Kacau sehingga rata. Masukkan air suam sikit demi sedikit sambil diuli. Uli sehingga hasil satu doh yang lembut. Rehatkan 30 minit.
  2. Bahagikan doh kepada 9 bahagian . Buat bentuk bulat. Canaikan lebih kurang 18cm diameternya.
  3. Panaskan non stick fry pan. Goreng tanpa minyak 1-2 minit untuk setiap permukakan

Thursday, July 12, 2012

Marble.. marble

Bila entah bermarble ni lupalah.. ;p


Resepi macarons ni sama macam resepi yg pernah dipost sebelum ni.. cuma memarblekan dia bagi nampak kelainan... intinya perabih choc ganache yg duk terperap lama kat dlm peti ais


Ni pula kek puding marble versi tak berapa rajin. Puding tu guna resipi yg pernah dikongsi di myresipi.com . Cuma bahagian karamel tu guna kaedah lain... Try ikut cara MIL buat puding karamel. Dia tabur 1-2 sudu besar gula dalam loyang.. pastu letak atas dapur gas, bakar sehingga gula tukar kaler perang . Kalau search resipi puding karamel kat internet ni ramai juga yg buat cara ni.

Bahagian kek tu pula guna sponge cake mix... senang. Masuk semua bhn2 ke dlm mangkuk, pukul ler sampai kembang ataupun ikut cara2 yg disertakan kat peket tepung tu. Takyah nak susah2 asing putih kuning telur. Konpem jadinya.


Edit.... Resipi khas untuk Kak Besah

Kek Puding Karamel

Bahan-bahan (18 cm):
Karamel:

  • 1-2 sudu besar gula
Puding
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
Kek span
  • 125g sponge cake mix
  • 2 biji telur gred A
  • minyak masak, air ( ikut sukatan pd peket sponge cake mix)
  • 1 sudu kecil chocolate paste
Cara-cara :
  1. Taburkan 1-2 gula ke dalam loyang. Panaskan di atas dapur gas sehingga gula bertukar warna perang. Sejukkan. Sapukan dinding loyang dengan mentega. Panaskan oven ke suhu 170 darjah celsius.
  2. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
  3. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih. Tapis dan tuangkan ke dalam loyang no.1 tadi.
  4. Sediakan kek span. Masukkan tepung, air dan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang atau pekat lebih kurang 7-8 minit. Kemudian masukkan minyak. Pukul lagi 1 minit. ATAU Ikut cara-cara yg tertulis kat peket sponge cake mix. ( sy beli sponge cake mix yg 500g. Hanya guna 1/4 sahaja untuk hasil). Masukkan chocolate paste, kacau sedikit. Kemudian tuang ke dalam loyang puding tadi.
  5. Letakkan loyang ke dalam loyang yang lagi besar. Tuangkan air suam ke dalam loyang besar tadi lebih kurang 1-1.5 cm ketinggiannya.
  6. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.
     

pssstt.. utk my anak tekak, lebih suka buat sos karamel cam resipi saya kat myresipi . Terasa lebih kekaramelannya bila memakan puding.... emmm yummy..

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails