Thursday, June 28, 2012

Blueberry Cheese Roll Cake

Blog yg macam hidup segan, mati takmo dah ni... Bukan tak nak update tapi setiap kali ada jer gangguan. Selagi dak kecik dalam rumah ni tak besor, selagi tu ler blog ni akan jd seperti hidup segan, mati takmo. Masak tu sentiasa masak, cuma kadang-kadang tak sempat nak ambik gambo, kadang-kadang gambo dah amik tapi tak sempat nak update.. Bila dah berkurun gambo duk terperap dalam kamera... resepi pulak ilang entah ke mana. Nak-nak kalau resipi yang main campak-campak, habis lupa apa benda yg dicampakkannya...

Ini pun kek yang dah lama buat.. Resipi yg pernah buat sebelum ni cuma tambah blueberry filling, cream cheese dan letak deco sket.. Gambo blur je.. masa snap gambo ni dak kecik duk tarik2 seluar.


Blueberry Cheese Roll Cake

Bahan-bahan ( 30x30 cm )

  • 4 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 50g gula kastor
  • sedikit esen vanila 
  • sedikit pewarna ungu
utk krim
  • 250g cream cheese
  • 2-3 sudu besar gula kastor
  • blueberry filling secukupnya

Cara-cara:
  1. Alaskan loyang dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul telur putih dan separuh dari gula sehingga kembang/bertanduk.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur, esen vanila dan gula selebihnya sehingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi, kacau sebati.
  4. Masukkan 1/3 dari adunan telur putih ke dalam adunan kuning telur, kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  5. Masukkan no.4 ke dalam no.2 . Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. 
  6. Ambil 2 sudu besar adunan no.5, masukkan sedikit pewarna ungu. Kacau sebati. Masukkan adunan ke dalam plastik bersih. Potong bucunya. Buatlah bulat2 ke atas loyang yang telah dialas tadi. Bakar selama 1-2 minit ( sehingga permukaan kering)
  7. Tuang adunan selebihnya ke dalam loyang. Ratakan.
  8. Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
  9. Sementara itu sediakan krimnya.Pukul cream cheese dan gula sehingga gebu. Sapukan pada kek. Sapukkan blueberry filling ke atas lapisan cheese. Gulungkan.
  10. Balut kek dgn cling wrap kemas2. impan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dipotong.
 dak kecik ni bilalah nak besar....

Wednesday, June 13, 2012

Donut Pisang

Aktiviti menghabiskan pisang berangan yang tak berapa sedap. Pisang "berangan bandar" yg isi kaler putih tu rasa dia kurang manis kalau nak banding dengan pisang  "berangan kampung" yg isinya kaler kuning. Kalau pisang berangan kampung laju je budak-budak dalam rumah ni makan.

Donut pisang dengan krim kapucino

Donut Pisang
  • 250g tepung gandum/ tepung roti
  • 100ml air
  • 1 biji pisang (80g) - dilenyek
  • 25g mentega
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil yis kering.
Toping :
  1. gula kastor
  2. whipping cream + coklat
  3. whipping cream + coklat putih + capuccino paste
sugar donut, capuccino donut, chocolate donut

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan pisang, mentega dan air. Uli sehingga doh tak melekat pada tangan.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Buat bentuk bulat dan lubang pada bahagian tengah
  4. Biarkan doh naik dua kali ganda sebelum digoreng.
  5. Goreng dengan minyak sederhana panas sehingga perang.
  6. Siap untuk ditopping ikut selera sendiri.

classic taste

Monday, June 11, 2012

Agar-agar Milo Lapis Oreo

Sedap, enak, sejuk je bila lalu kat anak tekak. Thanks AlongRoz atas resipi yg sedap sangat.




Agar-agar Milo Lapis Oreo
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
  • 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
  • 750ml Air
  • 160g Gula ( sy hy guna 120g gula shj)
  • 1 tin (400g) Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis


CARA2:
  1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut. Masukkan gula & masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan ( lain kali nak tuang 3/4 cwn campuran milo utk nampak seimbang antara lapisan milo atas dan bwh. Campuran milo yg kita panaskan utk elak mengeras tu akan susut sket isipadunya masa proses pemanasan.) . Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.


TIPS UNTUK MELAPIS:

a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Sape tak try lagi boleh cuba... tak nyesal punya.. Tapi kalau tetap tak suka jugak boleh antar sini.. Rasa tak puas makan.. nak kena buat lagi lain kali.

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails