Sunday, December 26, 2010

Taufu Crispy

Taufu goreng try and error. Nama tu main hentam buh sendiri. Kalau ada org lain dah goreng taufu macam ni dan buh nama lain.. harap maaflah yer.. ehehe

Bagi penggemar taufu bolehlah try resipi ni.. kena dengan selera my family. Rasanya sedap. Rangup di luar, lembut di dalam.


Bahan-bahan:-
  • 1 pek japanese pressed tofu
  • 1/2 - 1 cawan breadcrumbs
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam/ cheese powder
  • 1 biji telur
Cara-cara:
  1. Lapkan tofu dengan kitchen paper atau boleh letak kat dlm penyejat. Kalo guna penyejat, biarkan tofu tu kat dlm penyejat dlm 15-20 minit. Biar air kat dlm tofu tu keluar sket..
  2. Pehtu potong tofu kecil-kecil dlm bentuk kiub.
  3. Masukkan breadcrumbs dan serbuk pati ayam ke dlm plastik beg yg bersih. Goncangkan biar bercampur rata.
  4. Celup tofu ke dalam telur. Kemudian masukkan ke dalam plastic bag yg ada breadcrumbs tadi. 
  5. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
  6. Bolehlah dihidang panas-panas

Thursday, December 23, 2010

Kek Karot Daisy

Satu lagi resipi amik dari buku resipi Daisy Corn Oil.

Bahan-bahan:-

Bahan A
  • 4 biji telur gred A
  • 220gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan B
  • 200gm Minyak jagung daisy
  • 200gm Lobak Merah- diparut
  • 1 biji epal hijau ( sendiri tambah.. hehehe)
  • 60gm walnut- dicincang kasar (xde stok so ganti dgn almonds nibs)

Bahan C ( campur semua dan sebatikan)
  • 300gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbinat
  • 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

cheese frosting
  • 1 sudu kecil minyak jagung daisy ( x letak)
  • 250gm creamcheese
  • 80gm mentega
  • 50gm gula aising
  • 2 sudu besar jus oren
  • 12-15 biji marzipan lobak merah. ( xde..)
kek karot dlm buku ni cantik sgt hiasannya
tp saya tak dan nak hiasa lawa-lawa camni..

Cara-cara
  1. Putar telur selama 2 minit, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit- putar selama 3 minit
  2. Masukkan garam- putar dengan kelajuan sederhana
  3. Masukkan minyak jagung sikit demi sedikit, putar lagi 1 minit
  4. Masukkan lobak merah dan walnut. Perlahankan mesin, masukkan bahan C- kacau sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan kek dan bakar pada suhu 170 degree selama 40-50 minit - sejukkan.
  6. Untuk membuat cheese frosting, putar cream cheese dan mentega selama 2 minit. Masukkan gula aising- putar lagi 3 minit.
  7. Akhir sekali masukkan jus oren dan minyak jagung- sebatikan
  8. Hias kek lobak merah dgn cream cheese frosting dan letak marzipan lobak merah sebagai hiasan.

Petua:-
Lobak merah yang diparut, dimasukkan ke dalam kain bersih dan diramas supaya air lobak merah keluar, agar kek halus dan gebu.

Wednesday, December 22, 2010

Bagels

Hi.. hi semua. Rindu weh lama betul takleh online. Dari petang khamis lepas lagi. Kabel TM kawasan ni telah dinodai oleh kerja-kerja membuat jln keretapi lektrik. Dan baru hari nilah kabel tu pulih semula.

Banyak gaklah gambo2 yg tertangguh utk buat tayangan kat sini. Ni bagels utk orang nak diet.. walaweh.. dlm seminggu beratku berjaya diturunkan sebanyak 0.9kg..

Sandwich bagel wif ayam panggang
Bagels

Bahan-bahan:-
  • 160ml air
  • 20g madu
  • 300gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil bread softener(optional)
  • 1/2 sudu kecil bread improver (optional)
utk rebus
  • sedikit air
  • 1 sudu besar madu/ gula

Cara-cara:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Kemudian masukkan air atau madu. Uli sehingga doh jadi lembut dan tidak melekat ditangan. Biarkan naik dua kali ganda.
  3. Atau boleh uli guna breadmaker. Masukkan semua bhn2 mengikut urutan dari atas ke bawah. Pilih setting utk doh.
  4. Bila doh sudah kembang 2 kali ganda. Tumubuk-tumbuk doh utk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat utk setiap doh. Tutup dengan tuala lembab dan biarkan selama 10 minit.
  5. Cara membentuknya boleh rujuk gambar dibawah. Selepas membentuk, biarkan bagels kembang 2 kali ganda.
  6. Panaskan oven sehingga suhu 200 degree. dan panaskan juga sedikit air di dalam fry pan or pot... Lebih kurang 2-3 cm ketinggiannya. Masukkan madu ke dalam air tersebut. Bila air mendidih. Masukkan bagels. Biarkan selama 30 saat  dan balikkan ke sebelah satu lagi, dan biarkan 30 saat lagi. Kemudian angkat dan letakkan ke atas dulang oven.  Bakar bagels selama 12 minit atau sehingga masak.

Tujuan letak madu dalam air untuk nampak bagel lebih berkilat.

Wednesday, December 15, 2010

My Small Garden

Nih gambo pokok yang sama di entry My Small Garden in My Small Kitchen . Bila tengok gambo-gambo ni mesti semua dah boleh teka dengan tepatkan apa nama pokok ni.. Bukan pokok parsley tapi pokok carrot ataupun lobak merah.

Cara tanamnya mudah je, masa nak masak carrot, bahagian atas yang dipotong tu jangan dibuang. Letak bahagian tu ke dalam bekas. Pehtu masukkan sedikit air, jangan banyak sangat. Nanti carrot tu akan jd lembik dan busuk. Pehtu biar jer ler kat tepi tingkap.

Lepas 1-2 hari akan nampak hijau seperti gambar
kat atas ni yg dlm bekas last tu. Kalo air dia kering bolehlah
tambah sedikit air lagi.. tambahlah dari semasa ke semasa.


Dari satu "kepala carrot".. err kepala ke panggilnya.. hentam sajelah labu.. 
Ada yang tumbuh banyak pokok macam yang kat atas ni.


Ada juga yang tumbuh satu pokok je...


Sekarang dah tahukan apa pokoknya.. senangkan nak tanam. 
Tak payah keluarkan duit lain utk buat small garden ni.


Sup Ayam Lengkuas

Resepi yg pernah dikongsi di myresipi... dpt dari belakang kotak kiub ayam knorr..tp kali ni tak letak santan. Namum rasanya tetap sedap.



Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1.5 liter air
  • 1 kiup pati ayam knorr
  • 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
  • 300g isii ayam, hiris nipis.
  • 5-6 biji cili burung-titik
  • 1/4 cawan santan
  • 2 sudu besar sos kan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • daun ketumbar utk hiasan- hat ni xde lam stok.. so main tabur je dgn daun bawang.

Cara-cara

  1. Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
  2. Tambahn cili burung, santan dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.



My Small Garden in my Small Kitchen

Rileks jap tayang gambo makanan.. tengok gambo pokok pulak.
Sape kenal pokok ni..ehehe.. Nak tanam pokok ni tak payah susah-susah pi cari kat nursery.

3 pasu dah tumbuh tinggi, 
3 kat belakang tu masih kecik amat.


Kek Lapis Pandan Daisy

Resipi dari Chef Liza Zainol. Buku resipi yg dapat percuma masa beli minyak jagung daisy time nak raya 2 tahun lepas. Punyalah lama dok perap resipi ni. Baru sekang tergerak nak mencuba resipi2 di dlmnya.

Hiasan kekku yg tak seberapa cantik..
krim pandannya terkeras sedikit.

Kek Lapis Pandan Daisy

Resipi copy dari sini.

Bahan-bahan:-
Bahan A
  • 5 biji telur gread A
  • 25gm ovallete
  • 120gm gula pasir
  • 3/4 sudu besar pewarna hijau ( sy guna 1/2 sb saja..)
  • 70g air pandan ( diambil dari 3 helai daun pandan dicampur dgn1/2 cwn air,mesin dan tapis)

Bahan B (ayak)
  • 150gm tepung gandum
  • 70gm tepung jagung
  • 11/2 sudu besar serbuk penaik

Bahan C
  • 150g minyak jagung daisy ( sy guna jenama econsave je.. :) )
Krim Pandan
  • 5 biji telur
  • 140gm gula kasar
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 60g tepung jagung
  • 40gm tepung gandum
  • 2 cwn air pandan ( diambil dari 6 helai daun pandan dan 2 cwn air,mesin dan tapis)
  • 11/2 cwn santan sederhana pekat.
Hiasan
100g kelapa kering - x letak pun
8 biji ceri merah bertangkai - guna yg takde tangkai je.. perabih stok yg ada
1 helai daun pandan-digunting kecil

Cara-cara
  1. Putar telur dan ovalette selama 3 minit- kelajuan sederhana, masukkan gula pasir sedikit demi sedikit. Putar lagi selama 5 minit sehingga adunan pekat.
  2. Masukkan pewarna hijau dan air pandan sedikit demi sedikit-putar lagi 2 minit
  3. Perlahankan mesin, masukkan bahan B yg telah diayak dan akhir sekali masukkan minyak jagung- sebatikan.
  4. Adunan sedia utk dituangkan ke dlm acuan pembakar yg telah dilapik kertas. Bakar pada suhu 170 degree selama 30-45 minit.
Petua : Untuk mendapat kek yg lembut dan gebu, telur hendaklah direndam di dlm air sejuk selama 15 minit.

Cara-cara membuat krim pandan
  1. Campur semua bhn dan kacau sebati,kemudian tapis dan masukkan ke dlm periuk. Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.
  2. Setelah krim pandan sejuk, bolehlah disapukan ke atas kek dan lapiskan kek dengan pandan krim. Krim pandan dibuat berselang seli dengan menggunakan kantung plastik dan paip memanjang di atas permukaan kek. Hias dengan ceri merah bertangkai dan daun pandan yg digunting kecil.

Tuesday, December 14, 2010

Roti kentang

Kak Nor .. inilah ghupe roti kentangku yg huduh.. huhuhu... walaupun tak encem macam yang kak nor dan org lain buat namun roti ni tetap laku jugak.. konon buat utk bekfes esok.. Lani dah tinggal 7 ketui...

bentuk bulat..


Walaupun ghupe roti ni tak sama cam org lain buat.. nak juga tempek resipi yg amik dari blog kak nor ke sini.. Hari ni mungkin nak try buat lagi.. lagipun belen krim tu masih ada. Dgn tunjuk ajar dr kak nor.. harap2 kali ni menjadilah roti kentangku..

ROTI KENTANG by Che Mat Gebu
sumber: SecubitGaramNor67

Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:-)
UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.

CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.

UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...

Coklat oh Coklat !

Kanak-kanak ribena dalam rumah ni suka sangat makan pisang. Kalau beli pisang kejap je dah abih. Tak sempat nak buat apa-apa. Balik pasar hari tu cepat-cepat ambik 5 biji pisang sorok kat dlm peti ais. So sempatlah buat choco banana ni.

Choco Banana

Bahan-bahan:-
  • pisang
  • coklat masakan secukupnya
  • sedikit butter
Cara-cara :
  1. Buka kulit pisang. Cucuk pisang dengan bamboo stick. Masukkan pisang tu ke dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.
  2. Cairkan coklat dan butter. Tak kisah nak guna cara double boiler atau microwave. Asalkan coklat tu cair.
  3. Keluarkan pisang dari peti ais, cepat-cepat celup dlm coklat tadi. Lepas tu bolehlah nak tabur dgn coklat rice ke atau apa2 saja yg sesuai.
** Pisang yg dikeluarkan dari peti sejuk kena cepat2 celup dlm coklat cair supaya coklat yg bersalut dekat pisang tu cepat keras.
** Pisang yg disimpan dlm peti sejuk hendaklah dlm bekas yg tertutup bg mengelakkan ia 'berpeluh' selepas dicelup dgn coklat.



Kalau ada lebihan coklat dan malas nak nyimpannya bolehlah dibuat muffin. Kalau tak abih nak makan muffin tu, boleh bagi kat jiran-jiran. Pasti dorang terima dengan tangan terbuka.. ehehe


Muffin coklat

Resipi muffin ni pernah di paste kat sini sebelum ni.

Bahan-bahan ( 10 biji )
  •  200g coklat masakan
  •  70g mentega
  •  2 biji telur
  •  50g gula halus
  •  60g tepung gandum
  •  1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Note: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


untuk jiran sebelah umah

Monday, December 13, 2010

Pancake


Bahan-bahan:-
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 130ml susu segar
  • sedikit esen vanila
  • 150gm tepung gandum
  • 1.5 sudu kecil baking powder

Cara-cara:-
  1. Masukkan telur,gula, dan minyak jagung ke dalam mangkuk. Kacau dengan hand whisk sehingga sebati.
  2. Masukkan susu segar dan esen vanila. Kacau lagi.
  3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
  4. Panaskan non-stick fry pan. Masukkan satu sudu besar utk dapatkan mini size atau satu senduk kecil untuk dapatkan size yang lebih besar ke atas fry pan. Bila nampak lubang-lubang, balikkan pancake tadi ke sebelah yg satu lagi. Biar sehingga masak.
  5. Buat sampai habis.
  6. Boleh dihidangkan bersama madu, butter or jem.

Sunday, December 12, 2010

Roti

Aneka rasa dan bentuk roti dari satu resipi roti. Entah dag berapa kali guna resipi roti ni.. nak nak time malas nak nyelak buku resipi or cari kat internet. Resipi ni memang dah ada dlm paler. Suka sangat sebab hasilnya mmg lembut dan gebu. Thank you beribu-ribu lemon utk kak nor yg sudi kongsi resipi yg enak bangat ini.



BASIC DOUGH (Kak Nor style)


* 380gm tepung high protein (tpg roti)
* 3 sudu besar susu tepung
* 80gm gula castor
* 3 sudu kecil yis segera
* 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
* 100ml air
* 100gm water roux
* 1/2 sudu kecil garam
* 30gm butter
* 30gm shortening


Cara-cara
  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

** my style :-
  1. utk water roux tu.. 2 sudu besar tepung campur dengan air biar jumlah kedua-duanya jadi 100g. Kemudian masuk dlm microwave. Panas selama 15 saat. Bawa keluar dan kacau. Pehtu masuk semula ke dlm microwave.. panaskan lagi selama 15 saat. Bawa keluar dan kacau... siap.
  2. Semua bhn2 saya masuk terus ke dlm breadmaker. Bahan-bahan yang cair dulu dan diikuti dengan bahan-bahan kering.

Butter Roll - untuk anak dara yang suka sgt makan roti dgn salad

Roti jem epal hijau


 roti kacang merah, chocolate, raisin


raisin bun

Friday, December 10, 2010

Coffee ice blanded

Air coffee yang tak abih ditransformasikan jadi Coffee ice blanded.


Kalo ada air coffee yang tak abih diminum masa breakfast tu boleh dibekukan. Pehtu time tengahari keluarkan air coffee tadi then masukkan dlam blander. Tambahlah fresh milk sikit cukup sekadar blender kita tu boleh pusing. Blendlah sampai smooth. Pehtu rasalah.. kalo kurang manis boleh tambah susu pekat sikit. Dah siap blend tu sumer boleh tuang dalam gelas. Pehtu doklah kat kerusi sambil goyang-goyang kaki minum coffee ice blanded ni.. Nak bagi nampak menarik boleh tabur chocolate rice sikit dan hiaslah dengan daun mint.

Apam gula melaka

Apam yang sedap sangat.. nak nak kalo makan dengan kelapa parut.


Resipi dari che'Iza yang dah pernah buat sebelum ni.


Bahan-bahan ( satu family )
  • * 1 cwn air
  • * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
  • * sehelai daun pandan
  • 2 cwn tepung
  • 1 sk dry yeast
  • 3/4 cwn air
  • 3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
  • secubit garam

Cara-cara
  1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
  2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
  3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
  5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
  6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

Smoothie Blackcurrant

Smoothie dari eskrem malaysia yang tak abih. Lama sangat dah 2 btg eskrem malaysia tu dok terperuk kat dalam esbok. Takde sape yang terliur nak ambiknya.


Bila buat smoothie ni lajulah pulak. Baru ambik sudu nak letak dalam gelas tu.. tengok-tengok satu gelas dah hilang.


Ni cara buat smoothie yang simple bagi sape-sape yg ada masalah utk abihkan eskrem malaysia. :-)

Bahan-bahan :-
  • 2 batang eskrem malaysia
  • 2-3 sudu besar plain yogurt
  • 2-3 sudu besar fresh milk
  • blueberry filling atau jem secukupnya.

Cara-cara:-
  1. Masukkan semua bahan kecuali blueberry filling or jem ke dalam blander. Kisar sehingga halus.
  2. Tuangkan ke dalam gelas. Letakkan blueberry filling or jem..
  3. Sedia untuk dinikmati.

Wednesday, December 8, 2010

Carrot Apple Cake

Terjatuh cinta dengan kek ni selepas tengok kat blog noorsha . Sebelum ni dah pernah tengok kat Rinnchan fotopages . Buat half juga sama macam noorsha dan sama juga dengan noorsha tabur gula aising je kat atas kek tu. Time ada special occasions nanti buleh buat macam kak Rinnchan tu.. letak cream cheese frosting. Mesti lagi sedap.


BAHAN-BAHAN:

  • 2 1/2 cwn tepung naik sendiri
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 1 1/4 tsp serbuk kayu manis
  • Secubit garam halus
  • 3 /4 cwn gula perang halus
  • 3/4 cwn (atau kurang) gula castor -sape x suke manis kurangkan ke 1/2 @ 1/4 cwn saje
  • 4 biji telur
  • 1 cwn minyak jagung
  • 100gm mentega, dicairkan - aku ganti ngan minyak jagung
  • 200gm lobak merah, diparut
  • 150gm apple hijau, diparut
  • 30gm hazelnut (cincang @ kisar ) -aku guna almond


CREAM CHEESE TOPPING:
  • 250gm cream cheese
  • 4 sudu makan butter
  • 1/3 cwn gula icing, diayak
  • 1 tsp jus lemon
* Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek.

CARA-CARA:
  1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Masukkan kesemua bahan lain.
  3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
  4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
  6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.




Roti bijan

Dah lama buat roti ni. Belek-belek kamera tadi terjumpa gambo ni.


Resipi asal dari resipi roti bulat. Saje tambah bijan kat atas roti. Ni kopipes resipi dari sana.  Tapi roti n i diuli guna breadmaker je... senang >_<

Bahan-bahan ( 8 biji )
  • **Bahan A**
  • 125g tepung roti
  • 2 sk dry yeast
  • 2sb gula
  • 150ml air (suhu bilik- 40C)
  • **Bahan B**
  • 125g tepung roti
  • 1/2sk garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan A. Kacau rata.Masukkan pula bahan B. Gaul sebati.
  2. Keluarkan dari mangkuk. Ulikan di atas papan pencanai
  3. Uli guna kedua-dua belah tangan. Sekali sekala ketuk-ketuk doh pada papan pencanai.
  4. Uli selama 10-15 minit. Guna 2 belah tangan. Tarik-tarik, tekan-tekan dan juga ketuk pada papan pencanai. Boleh rujuk gambar 2. Uli sehingga bila doh ditarik dengan tangan, boleh nampak jari di balakang
  5. Bila dah siap, masukkan semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain basah. Biar naik 2 kali ganda (lebih kurang 20minit)
  6. "Finger test". Celup jari ke dalam tepung. Kemudian tekan pada roti untuk uji sama ada naik ke tidak. Bila nampak lubang tu, dah naiklah
  7. Tumbuk roti untuk keluarkan angin.
  8. Bahagikan adunan kepada 8. Kemudian buat bulat.
  9. Tutup rapat-rapat pada bahagian bawah. Rehatkan 10 minit
  10. Selepas rehat, ambik sebiji roti. Leperkan di atas tapak tangan. Kemudian buat bentuk bulat semula macam gambar 8 dan 9. Penaikkan sehingga 1.5 kali ganda atau 20 minit.
  11. Bakar dengan suhu 180C selama 8 minit

Eggless chocolate cake

Resipi yang dah lama masuk list. Akhirnya terbuat juga hari ni.. best sgt. Lembut.. moist walaupun tak guna telur. Sempat snap 2 kpg gambar je tetiba bateri kompak kamera abih. Ishhh rindu kat my dlsr.. bila nak keluar "wad" ni.

Tadi tak letak pun esen vanila... sbb lupa nak beli time gi shopping Ahad lepas. Nak gelek tayar keter pi shopping semata-mata nak beli esen vanila takut terbabas pulak. Harga esen tu  dalam Rm2 je... maunye abih dalam RM100. Macam-macam benda pula yg masuk dlm troli nanti... *^-~*. 


Resipi asal dari dayang jack. Tapi angkut dari rumah kak nor. Terima kasih pada kedua-duanya.

EGGLESS CHOCOLATE CAKE
souce: Dayang Jack

bahan-bahan :

  • 1 cawan (125g) tepung naik sendiri
  • 1 1/4 cawan gula perang (soft brown sugar)
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 1/3 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 sk serbuk soda bikarbonat - lain kali nak guna 1/2 sk je.. sbb kurang suka dgn rasanya.
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C. Lengserkan loyang kek (DJ guna yg berukuran 17.5 cm) dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Ayakkan tepung, koko, serbuk soda bikabonat di dlm mangkuk adunan. Kemudian masukkan gula. Kacau rata-rata.
  3. Masukkan susu, air dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu. Pastikan adunan tidak bergentel dan gula larut. (Jika perlu, boleh juga diputar dgn mixer)
  4. Masukkan minyak jagung/minyak masak. Kacau lagi dgn menggunakan senduk kayu.
  5. Akhir sekali, barulah dimasukkan cuka atau jus lemon. Kacau cepat2 hingga adunan sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan kek setelah masak. Jika suka, bolehlah dihiaskan dgn topping atau ganache.
***sukatan dgn menggunakan cawan metrik.
***tidak perlu letak garam sb tepung naik sendiri sudah ada kandungan garam.

Tuesday, December 7, 2010

Roti sardin bakar

Salam Maal hijrah buat semua.. sempena cuti hari ni mungkin ada yang gi jalan memana ataupun sibuk menghadiri kenduri kawen or whatever.. Apapun berhati-hati di jalan raya.


Hari ni kami tak gi mana-mana.. hujan lebat sungguh kat luar. Pagi tadi keluarkan gadget yg lama tersorot kat dalam stor.. buat ler roti bakar ni. Sejak 2 orang budak dlm rumah ni besar-besar belaka.. makanan pun dah tak buat cantik-cantik lagi dah.. asalkan siap masak jadi ler.. Lupa pula masih ada sorang lagi budak kecik kat dalam rumah ni. Buat roti cantik-cantik camni tentu dia seronok.


Hamutaro



Hello kitty

Sunday, December 5, 2010

French bread

Our dinner malam ni.. salad sandwich guna homemade french bread.


Resepi French Bread 


Bahan-bahan:
  • 250g tepung berprotin tinggi
  • 50g tepung whole meal
  • 190ml air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil dry yeast

topping:
  • sedikit butter
  • sedikit tepung whole meal
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan untuk roti ke dalam breadmaker. Pilih setting utk doh. Ikut arahan pd breadmaker masing-masing.
  2. Bila dah siap, taburkan sedikit tepung ke atas papan canai. Ambik doh tadi. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Buat bentuk bulat. Tutupkan dengan kain lembab. Rehatkan selama 10-15 minit. 
  3. Ambik sebiji doh canaikan jadi bentuk bulat yg bersaiz diameternya lebih kurang 15 cm.
  4. Kemudian gulung rapat-rapat. Buat untuk 2 biji seterusnya. 
  5. Lepas itu tutup dengan kain lemmbab. Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
  6. Spay/sapu permukaan roti dengan air . Taburkan sedikit tepung whole meal ke atasnya. Potong memanjang permukaan roti seperti dalam gambar di bawah. Letakkan sedikit butter pada bahagian yg telah dipotong. Bakar dalam oven dengan kepanasan 200 degree selama 18 minit.

French bread ni sesuai utk buat garlic bread, makan dengan sup, buat sandwich atau apa sajalah. Roti ni jenis keras sikit kalau nak banding dengan roti manis biasa. Ianya sesuai untuk sape-sape nak diet.

Saturday, December 4, 2010

Ketam Goreng Celup Tepung

Masih guna resipi sama dengan resipi goreng cendawan hot & crunchy. Buat separuh dari  resipi asal . Tapi kali ni tambah 1 sudu kecil baking powder, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Hasilnya lagi rangup. Orang-orang yang tak makan ketam selama ni pun semua makan. Sebelum ni kalau kat rumah ni hanya aku sorang je lah peminat setia ketam ni.

Kalo sape-sape yang ikut blog aku ni mesti perasan asyik guna resipi sama je utk goreng sayur ler.. ketam ler.. prawn ball ler.. eheh alasannya.. stok tepung serbaguna dah abih.. sebelum ni kalau utk goreng menggoreng cenggini selalu guna tepung serbaguna je.. Alasan lain pulak sebab dlm resipi ni tak payah guna telur.. Boleh jimat sikit penggunaan telur.. Aku rasa banyak sangat dok guna telur dlm masakan sejak akhir-akhir ni. 30 biji telur cepat je abih ... :-(

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails