Sunday, October 31, 2010

Cyberview Lodge Resort

Salam sumer.. hari ni bersiaran dari Cyberview lodge resort. My dapur telah diberi cuti dari 30hb Oct sehingga 3hb Nov.

Thursday, October 28, 2010

Rileks jap

Minggu ni rileks jap dari tengok gambo makanan.. Sebenarnya aktiviti memasak on je macam biasa. Tapi sejak balik dari spital ni banyak kerja nak kena buat.Hujung minggu lepas terpaksa rehat kat wad jap sambil teman dak kecik ni.

Mula-mula pi klinik sebab dia batuk dan selesema. Masa kat klinik tu tetiba dia kata sakit perut.. rupanya dia penat.. susah nak bernafas. Kenalah bagi sedut gas. Lepas sedut gas tu ok jap.. petangnya jadi balik.. pi lah klinik semula.. Sedut gas lagi. Pastu doktor suh gi spital. Kenalah tahan kad wad 2 malam. Ingatkan dia kena asma.. heran jugalah kalo kena asma sebab kedua-dua belah kami takde pun yg hidap asma.. Sib baik bukan.. hanya banyak kahak dalam peparu yg menyebabkan dia susah nak bernafas.



Dak kecik ni setiap kali nampak nurse datang mulalah nangis 
takut kena makan ubat.

Walaupun tak sihat tapi selera makannya tak berubah.. 
berselera dia makan.. 
ke sebab semua makanan dia sedap-sedap.. hihi. 

salah satu menu yg ada.. bubur nasi ayam... saiz utk org dewasa
habis separuh dia makan... yg selebihnya dimkn oleh org yg sihat hahaha..


Kaki sapelah pulak ni... 
orang yang sihat ke atau yg sakit dok atas katil ni..

 

Saturday, October 23, 2010

Choco Walnuts Scones


Choco Walnuts Scones
Bahan-bahan(4-5 orang):-
  • 100g tepung gandum
  • 100g tepung berprotein tinggi
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 50g mentega sejuk
  • 50g susu segar
  • 50g yogurt asli(tanpa perisa)
  • 50g chocolate chips
  • 1/3 cawan walnuts
  • 2 sudu besar madu


Cara-cara:
  1. Ayak tepung gandum, tepung berprotein tinggi dan juga baking powder.
  2. Masukkan mentega ke dalam tepung tadi, ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan pula chocolate chips dan walnuts yang dicincang kasar. Kacau biar sekata.
  4. Dalam bekas lain campurkan susu segar, yogurt dan madu.
  5. Kemudian masukkan no.4 ke dalam no.3. Uli sehingga menjadi doh lembut.
  6. Balut doh dengan cling wrap. Simpan dalam peti sejuk selama 5-10 minit.
  7. Taburkan sedikit tepung ke atas papan canai. Canaikan doh jadi bentuk panjang. Taburkan sedikit tepung ke atasnya. Lipat dua doh tadi.
  8. Ulang langkah 7 sebanyak 2-3 kali. Akhir sekali canai doh setebal 2.5cm. Potong doh seperti di dalam gambar.
  9. Bakar scones di dalam oven dengan suhu 200℃ selama 15-18 minit.

Friday, October 22, 2010

Pau

Kena jangkitan buat pau ni dari Mas lepas gi jalan-jalan kat "umah" dia. Konon nak guna tepung pau.. alih-alih siap timbang tepung apa semua.. nampak benda2 bergerak kat dalam tepung tu. Hampes betul tepung yg baru dibeli rupannya dah berkulat.. jadi terpaksalah guna tepung gandum je..


Resepi asal boleh tengok di sini

Pau
Bahan-bahan ( 8 biji )
• 300g tepung gandum/tepung pau
• 2 sudu kecil baking powder
• ¼ sudu kecil garam
• 160-165g air suam
• 2 sudu kecil yis kering
• 2½ gula halus
• 1sudu besar lemak sayur
• Inti secukupnya (kaya, kacang merah, kelapa atau sebagainya)

Cara-cara
  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, yis kering dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin dan lembut. Buat bentuk bulat. Letak di dalam mangkuk. Tutup dengan tuala lembab. Biar doh kembang sehingga 2 kali ganda.
  5. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  6. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  7. Ambik sebiji doh, ratakan diatas tangan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  8. Apabila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  9. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.




Thursday, October 21, 2010

Kuetiew Goreng

Gambar lama yg baru sempat nak tayang..

Wednesday, October 20, 2010

Puding Laici

Puding laici lagiiiii... haritu dah buat tapi tak puas makan. Anak-anak pun minta dibuat lagi. Kali ni buat ikut sukatan sendiri. Perabih terus satu pek agar-agar powder yg beratnya 25g. Fuhh banyak dapat.
Untuk sukatan kali ni :-
  • 25g agar-agar powder
  • 11/2 tin susu cair
  • 2.5liter air
  • 260g gula
  • 2 tin laici - 1 tin blend sekali dgn sirap laici.. 1 tin lagi wat hiasan

Tuesday, October 19, 2010

Roti Bakar Telur Bercheese

Roti bakar makan bekfes pagi tadi. Salah satu menu utk menggemukkan badan *_* . Sedap dimakan tapi takleh diamalkan selalu.


Roti Teh Susu

Milk Tea Bread

Bahan-bahan:-
  • 220g tepung roti
  • 30g tepung gandum
  • 150ml susu segar
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 30g gula
  • 3 sudu besar mentega
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil bread softerner(optional)
  • 1 sudu kecil bread improver(optional)
  • 2 beg teh uncang
Cara-cara:-

  1. Untuk membuat milk tea, masukkan susu segar, susu pekat manis ke dalam mug. Panaskan dalam microwave selama 1 minit atau sehingga susu itu panas. Rendamkan 1tea bag ke dalam mug tersebut selama 3minit.
  2. Sape-sape yang guna breadmaker boleh ikut arahan pada breadmaker anda. Untuk yang takde breadmaker boleh uli guna stand mixer. Kalau takde stand mixer boleh uli guna food processor. Kalo FP pun takde boleh juga uli guna tangan.
  3. Untuk yang guna tangan, masukkan semua bahan-bahan kering  termasuk 1 tea bag yg telah dikeluarkan tea dari uncangnya ke dalam mangkuk dan kacau. Kemudian masukkan mentega dan milk tea tadi. Uli sehingga tidak melekat di tangan dan kenyal.
  4. Kalau guna FP, masukkan semua bahan kering. Tekan dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan pula mentega dan milk tea tadi. Uli sehingga jadi doh yang kenyal. Biarkan 5-10 minit. Kemudian uli dalam 2-3 minit lagi.
  5. Sapu permukaan bawah mangkuk dengan mentega atau minyak. Keluarkan doh dari FP, buat bentuk bulat dan bubuh ke dalam mangkuk. Tutup mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan doh kembang 2 kali ganda.
  6. Bawa keluar doh dari mangkuk. Letak di atas papan uli, tumbuk-tumbuk untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada 9 bahagian. buat bentuk bulat.. Rehatkan selama 5-10 minit.
  7. Kemudian buat bentuk bulat sekali lagi doh-doh tadi. Letak di atas dulang oven. Biarkan kembang 2 kali ganda lagi. 
  8. Sapukan permukaan roti dengan susu segar. Kemudian bakar roti dlm oven pada suhu 180 degree selama 12 minit.
  9. Angkat dan sejukkan.

    Monday, October 18, 2010

    Sosej puff

    Sosej Puff
    Bahan-bahan:-
    • kulit puff pastri
    • sosej
    • telur
    Cara-cara:-
    1. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree.
    2. keluarkan kulit puff dari peti sejuk. Biar sekejap sehingga lembut.
    3. Buat seperti dlm gambar di atas. Last sekali sapu dengan telur. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga perang.

      Kacang botol goreng

      Kacang botol goreng dgn pes cili sangai. Caranya senang je.. panas je pes cili sangai tu kat dalam kali. Pehtu buh kacang botol yang dihiris. Gaul sekejap ja.. dah angkat dan boleh dihidangkan.
      Resipi pes cili sangai tu ambik kat sini.Kat bawah ni tempek semula resipi dari sana

      PES CILI SANGAI
      • 1 cawan udang kering ~ (1/2 cawan)
      • 2 cawan barang putih ~ (1 labu)
      • 2 cawan bawang merah ~ (9 biji) - sy guna bwg yg siap goreng
      • 1 cawan cili kering ~ ( 1 genggam)
      • 1/4 cawan air asam jawa pekat
      • 1/4 cawan gula melaka ~( 1kpg nisan)
      • 1/4 cawan sos ikan
      • 1/4 cawan minyak sayuran ~ (minyak masak biasa jer)
      Cara-cara:-
      1. Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
      2. Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
      3. Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
      4. Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
      5. Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
      6. Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
      7. Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.

      * yg dlm kurungan tu sukatan org sana buat.. sy buat ikut sukatan asal.. wat stok banyak2 simpan dlam peti ais.
      * utk bwg merah tu sy guna bwg goreng yg dah siap (kes terlampau ghajen dan nak kejar masa ehehe).

      Sunday, October 17, 2010

      Pau Sardin Goreng


      Pau Sardin Goreng
      Bahan-bahan ( 8 biji )
      Untuk pau:-
      • 200g tepung berprotin tinggi atau tepung gandum
      • 1 sudu besar mentega
      • 20g gula
      • 1 sudu kecil garam
      • 1 sudu kecil yis kering
      • 140ml air atau susu segar (suam atau suhu bilik)

      Untuk inti sardin

      • 1 tin kecil sardin
      • 1 biji bawang besar - dihiris
      • 2 ulas bawang putih - dihiris
      • 1 biji cili merah - dihiris
      • Sedikit garam
      • Sedikit gula
      • Sedikit serbuk lada sulah
      • Sedikit minyak masak
      • 1 sudu besar jus limau nipis

      Cara-cara:-
      Untuk inti:
      1. Asingkan ikan sardin dan sosnya dari tin. Hancurkan ikan sardin menggunakan garfu.
      2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
      3. Masukkan ikan sardine dan kacau. Kalau terlampau kering, masukkan 1-2 sudu besar sosnya.
      4. Masukkan pula cili merah, garam, gula, serbuk lada sulah dan jus limau nipis. Biarkan kering sedikit kemudian bolehlah dipadamkan api.
      Untuk doh:
      1. Masukkan tepung, gula dan yis kering ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Gaul sekejap kemudian masukkan mentega. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.
      2. Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda
      3. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian
      4. Rehatkan doh selama 10-15 minit.
      5. Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan pau jadi bentuk leper. Buanglah sampai habis.
      6. Biarkan pau naik 1.5 kali ganda.
      7. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.
      8. Panaskan minyak. Celup pau dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs(serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang. 

      Paratha Sardin puff



      Paratha Sardin Puff

      Bahan-bahan ( 4-5 orang )
      • 5 keping paratha
      • Sebiji telur

      Inti :-
      • 1 tin kecil sardin
      • 1 biji bawang besar - dihiris
      • 2 ulas bawang putih - dihiris
      • 1 biji cili merah - dihiris
      • Sedikit garam
      • Sedikit gula
      • Sedikit serbuk lada sulah
      • Sedikit minyak masak
      • 1 sudu besar jus limau nipis

      Cara-cara:-

      Untuk Inti:-
      1. Asingkan ikan sardin dan sosnya dari tin. Hancurkan ikan sardin menggunakan garfu.
      2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
      3. Masukkan ikan sardine dan kacau. Kalau terlampau kering, masukkan 1-2 sudu besar sosnya.
      4. Masukkan pula cili merah, garam, gula, serbuk lada sulah dan jus limau nipis. Biarkan kering sedikit kemudian bolehlah dipadamkan api.

      Untuk puff :-

      1. Panaskan oven pada suhu 180 degree.
      2. Potong paratha kepada 4 bahagian. Isikan setiap bahagian dengan inti sardine tadi.
      3. Rapatkan semua tepi paratha dengan menekankannya dengan garfu.
      4. Sapukan telur pada permukaan puff. Bakar puff dengan suhu 180 degree selama 20-25 minit.

      Saturday, October 16, 2010

      Tuna cheese muffin

      Muffin Tuna Berkeju

      Bahan-bahan ( 9 biji m saiz )
      • 1 biji telur
      • 10g/1.5 sk gula
      • 1sk baking powder
      • 120g tepung gandum
      • 80g tuna
      • 50ml susu segar
      • 50g keju pizza (keju mozzarella)
      • secubit garam
      Cara-cara
      1. Ayakkan tepung, baking powder dan garam. Panaskan oven sehingga 180C
      2. Pukul telur dan gula sehingga gula hancur.
      3. Masukkan tuna bersama dengan air atau minyaknya. Kacau sebati.
      4. Masukkan tepung sedikit semi sedikit berselang seli dengan susu segar
      5. Akhir sekali masukkan keju. Kacau rata.
      6. Kemudian isikan adunan ke dalam muffin tray. atau muffin cup. Bakar selama 20 minit. 

      Friday, October 15, 2010

      Plain Pancake


      Pancake

      Bahan-bahan (8 biji):-
      • 2 biji telur
      • 200g tepung gandum
      • 2 sudu besar mentega cair
      • 2 sudu kecil baking powder
      • 2 sudu besar susu tepung
      • 2 sudu besar gula kastor
      • secubit garam
      • sedikit minyak./mentega
      • 180 ml air
      Cara-cara:-
      1. Masukkan tepung gandum, tepung susu, gula kastor, baking powder dan garam ke dalam mangkuk. Kacau biar semua sekata.
      2. Buat lubang ditengah, masukkan telur. Kacau dan diikuti dengan air. Kacau lagi.
      3. Masukkan pula mentega cair. Kacau sehingga sebati.
      4. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega.
      5. Ambik 1 senduk adunan tadi. Letakkan ke dalam kuali yg telah panas.
      6. Apabila dah nampak lubang-lubang pada permukaan pancake, bolehlah balikan pancake ke permukaan satu lagi. Biarkan sehingga masak.

      Ayam bistik

      Gandingan Nasi Serai untuk hari ni. Ayam bistik resipi dari dayang_jack


      Ayam Bistik

      Bahan-bahan :
      • 1 ekor ayam sederhana (dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak)
        2 batang serai (dititik)
      • 50 g rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili (dibancuh dgn air)
      • 100 g puri tomato
      • 2 biji tomato (dibelah 4)
      • sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
      • rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
      • 1 sudu makan kicap pekat
      • 2-3 sudu makan kicap manis
      • 3 sudu makan sos cili
      • garam
      • kacang peas - jika suka

      Bahan-bahan mesin :

      • 7 biji bawang merah
      • 2 labu bawang besar
      • 4 ulas bawang putih
      • 1 inci lengkuas
      • 1 inci halia
      Cara-cara :
      1. Tumis rempah 4 sekawan, serai dan bahan-bahan mesin hingga terbit bau. Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
      2. Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.Setelah itu, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati hingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
      3. Hidangkan.

      Nasi serai

      Tengok kak nor wat nasi serai, terus masuk list untuk menu hari ni... Resipi asal dari Jun JC


      NASI SERAI by Jun JC


      2 cawan beras basmati- basuh & rendam dlm 15 min kemudian toskan
      1 helai daun pandan-simpul
      2 cawan air

      Bahan tumis:
      1-1/2 sudu mkn butter
      1 biji bawang besar-hiris
      2 ulas bawang putih -hiris
      1/2 in halia-hiris
      2 sudu teh remph kurma
      3 btg serai-ketuk
      Setiap satu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & pelaga
      Garam secukupnya
      Bawang goreng utk hiasan

      Panaskan butter, tumis bawang2 dan halia hingga naik bau, kemudian masuk rempah kurma, serai, daun pandan & empat sekawan kacau rata.
      Kemudian masukkan beras dan air masak seperti biasa. Bila nasi dah masak peroikan dan tabur bawang goreng. Siap.

      Laksa Johor

      Try makan laksa johorlah pulak. Mungkin tak sesedap org johor yang masak....*_< . Gambo tak berapa cantiklah pulak. Malas nak snap banyak kali. Snap 2-3 keping terus letak kamera kat tepi. Pehtu duduk makan. Laporrr....


      Resipi amik dari freeda Myr.

      Bahan-bahan ( 12-15 orang )

      * 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
      * **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
      * Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
      * udang basah 100gm
      * isi ikan kurau - 20 gram dibakar
      * 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
      * **Bahan B (dimesin)**
      * bawang besar - 3 biji
      * cili kering - 15 tangkai
      * halia - 2 ibu jari
      * lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
      * serai - 2 batang diketuk untuk tumis
      * asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
      * santan pekat 1 kotak / lebih
      * 1 paket kerisik
      * 1 paket kecil rempah kari
      * bawang putih -3/4 ulas
      * **Bahan Hias**
      * limau kasturi belah 2 dan buang biji
      * timun di racik halus
      * tauge buang ekor (segar)
      * jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
      * bawang besar hiris halus
      * lada merah/lada hijau dihiris
      * Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus
      * Kicap kipas udang / kicap manis
      * ** Sambal Belacan
      * -lada merah 5/6 biji
      * -Belacan melaka - 30 gram dibakar
      * Bawang Merah 1 biji kecil

      Cara-cara

      1. rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
      2. **Penyediaan kuah**
      3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
      4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
      5. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
      6. masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
      7. masukkan asam keping
      8. tambah garam dan gula untuk rasa
      9. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
      10. **Sambal belacan**
      11. mesinkan semua bahan dan hidangkan
      12. SELAMAT MENCUBA

      Cendawan goreng hot & crunchy

      Ingatkan nak tayang gambo ni hari rabu lepas. Tapi disebabkan internet "kong" sepanjang hari, terpaksa ditangguhkan. Ingatkan streamyx yg ada problem, ghupe ghupenya kena POTONG sebab dah 3 bulan bil tak bayar. Tak sedar pun.. dan tak perasan pun bil tak sampai. Almaklumlah setiap bulan macam-macam bil kena settle.

      Apalah TM ni org dah berkurun pi tukar alamat baru, dia masih dok hantar bil kat alamat lama. Dan kita pula selepas buat penyerahan kunci kat adik tuan rumah, langsung tak gi check surat-surat kat sana.

      Apalah depa ni buat pekasam ke borang yang isi dedulu tu. Nak kata masa pi tukar alamat hari tu org ramai pun dak juga... emm entahlah. Ok stop membebel.. ni resipi yg diambil dari umah kak nor. Minta ijin tempek resipi tu kat sini ye..


      CENDAWAN GORENG HOT & CRUNCHY

      Bahan2:
      • 400 gm cendawan tiram
      • 2 cawan tepung gandum
      • 1/2 cawan tepung beras
      • 1 cup/bekas yogurt plain
      • 1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas
      • 1 sudu besar serbuk cili kasar
      • 1 1/3 cawan air
      • 1 sudu kecil garam
      • minyak utk menggoreng

      Cara2:
      1. Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
      2. Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
      3. Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
      4. Panaskan minyak dgn api yg kuat.
      5. Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
      6. Angkat dan toskan.
      7. Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
      8. Selamat mencuba :)
      * proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)

      Tuesday, October 12, 2010

      Puding Laici


      Ramai yg dah buat puding laici ni.. ni copy paste dari umah Ika. Resipi asal dari kak Hanieliza.

      Bahan>>yg ni sukatan dr kak hanieliza

      * 10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]Bulleted List
      * 6 gelas air
      * 11/2 cawan gula
      * 1 tin susu cair
      * 1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]]
      * 1 tin laici [untuk hiasan]


      Cara:

      1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
      2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
      3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
      4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
      5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

      NOTA
      Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....


      Bahan >> sukatan dari Kak Nor

      * 1 paket agar2 serbuk (10gm)
      * 5 cawan air ~ cawan metrik
      * 8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
      * 1 tin susu cair
      * 1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
      * 1 helai daun pandan ~ ni k.nor tambah

      Cara:
      1. blend laici dgn 1 cawan air laici. Blend kejap jer jgn sampai lumat/halus.
      2. lebihan air laici tu K.Nor jadikan kuah masa makan puding tu (sejukkan dulu utk dptkan rasa yg lebih nyaman masa makan hehe)


      Tapi tadi nak abihkan stok agar2 powder yg tinggal 14g terpaksa adjust sket sukatan dr Kak Nor..
      air dilebihkan, gula pula guna 10 sudu besar. Hampir semua laici diblend.. lebihnya abih dimkn oleh dak kecik.. takdan nak simpan utk hiasan. Hasilnya cun je manisnya. Sedap je rasanya.

      Sardin puff

      Gambar baru photo profil

      Gambar yang dilukis oleh anak daraku. Jumpa lukisan dia ni time dok kemas bilik. Lepas di snap dgn kamera.. adjust sket dgn photoshop. Jadilah macam ni.
      Terkejut tuannya bila tengok ada lukisan yg dilukis kat blog mamanya... ehehe

      Monday, October 11, 2010

      Bubur nasi

      Bahan-bahan:-
      • 1/2 cawan beras
      • 1/2 kiub ayam
      • 1/2 sudu kecil garam
      • air
      Bahan sampingan:-
      • 1 gengam ikan bilis
      • 3 sudu besar kicap manis
      • 1 sudu besar cuka makan
      • 1 biji limau nipis
      • 4 biji cili padi
      • bawang goreng secukupnya
      • halia jeruk secukupnya
      • lobak jeruk yang dicincang secukupnya
      • daun sup dan daun bawang secukupnya dihiris halus.
      Cara-cara:-
      1. Cuci beras dan toskan. Masukkan air mengikut tanda sukatan memasak pada periuk nasi anda,garam dan kiub ayam.. Pilih menu untuk masak bubur nasi.
      2. Sementara nasi masak bolehlah sediakan bahan-bahan lain.
      3. Cuci ikan bilis dan goreng dengan minyak penuh sehingga garing.
      4. Sediakan pula kicapnya. Masukkan kicap, cuka, jus limau nipis dan cili yang telah dipotong ke dalam mangkuk. Kacau sehingga semua bercampur rata.
      5. Apabila nasi sudah masak bolehlah dihidangkan dengan bahan-bahan sampingan tadi.

      Inilah antara menu sarapan peberet my kids..



      Sunday, October 10, 2010

      Burger Malaysia

      Ulang tayang resipi yang pernah ditayang di myresipi.com


      Bahan-bahan ( 8 biji )
       *200g tepung gandum
       *140ml susu/ air
       *2 sudu besar butter/margerin
       *2 1/2 sudu besar gula halus
       *1/2 sudu kecil garam
       *2 sudu kecil dry yeast
       minyak untuk menggoreng
       - sambal ikan bilis
       - timun

      Cara-cara:
      1.  Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
      2.  Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
      3.  Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
      4.  Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis


      Kacang botol

      Hasil tanaman di tepi pagar rumah. Peberet my family terutama si Along. Dia makan lauk sikit tapi ulam ni banyak sangat. Makan mengalahkan lauk ayam bagai..


      Rich Oreo Choc Brownies

      Dah lama buat ni.. dlm minggu kedua selepas sekolah dibuka gitu. Buat untuk anak2 bawa ke skool untuk jamuan raya. Buat dua adunan. Lebih dari yg bawa ke skool tu, simpan je dlm peti sejuk. Sampai hari ni tinggallah belen lagi 4 ketui.

      Hari ni masih tetap rasa sedap brownies ni.. malah tambah sedap. Walau dah lama buat baru hari ni berkesempatan utk ambik gambar. Resipi ni diambil dr rumah kak nor, asal dari AlongRoz.. dan sukatannya pun follow yg kak nor buat.. Memang suka dengan kemanisannya. Masuk kali ni dah dua kali buat. Anak anak pun suka.. nak-nak bila guna oreo icecream. Sedap bangat.. Terima kasih diucapkkan pada kedua-duanya.


      RICH OREO CHOC BROWNIES by AlongRoz
      (Makes 8" sq)

      INGREDIENTS:
      225g/8oz Butter
      240g Cooking Chocolate
      3 Large Eggs 1 tsp Coffee Powder
      1 tsp Essence Vanilla
      250g Castor Sugar 60g Flour*
      40g Cocoa Powder*
      1/2 tbsp BP*
      1 tsp Salt* (* mixed together)
      1 1/2 packs Oreos Cookies - break & mix with 15g Flour
      (1 pack = 137g but no need to be so accurate)

      METHOD:
      1. Melt chocolate & add butter. Stir until smooth.
      2. Whisk eggs, coffee, vanilla & sugar until smooth.
      3. Add in chocolate mixture & stir well.
      4. Fold in flour mixture until well mixed.
      5. Finally fold in Oreos.
      6. Bake 170C for 45 min.


      # peringatan utk K.Nor di kemudian hari ... ( sama juga ikut sukatan ni... manisnya sesuai dgn my citarasa )
      1. sukatan gula dikurangkan kpd 185gm
      2. utk 2 adunan K.Nor letak 20kpg biskut oreo

      Latest Update .. ♥

      Related Posts with Thumbnails