Wednesday, July 28, 2010

Roti tepung beras


Uih dah lama betul tak mengapdet blog ni. Untuk menceriakan sket muka depan blog ni meh ler tengok roti yg dibuat minggu lepas. Arihtu takdan nak tempek gambo ni kat sini sibuk dgn tempahan cupcake. Pehtu ptg jumaat pulak dpt berita yg menyedihkan. Husband adik ipar meninggal. Kena heart attack masa kat bilik air.

Rasa macam tak caya je.. baru jumpa arwah masa balik cuti sekolah bulan 6 lepas. Arwah belanja makan di restoren horizon. Sihat walaufiat je arwah masa tu. So malam tu juga terpaksa balik kampung.


Oppss.. bersambung.. dah takleh nak sambung. Dah tak tahu apa nak dicerita lagi.. lama sgt stopnya.. Resipi roti tu entah aku dah campak kat mana kertas yg ditulis resipinya..

Tuesday, July 20, 2010

Ayam goreng krispy

Meh sini cepat.. ambik ayam goreng krispy ni. Nak resipi ke?..
Takyahlah senang je.

Amik kunci keter, start enjin keter. Pehtu gelek tayar keter gi supermarket. Cari ayam goreng krispy A1. Amik ayam tu, gi bayar kat cashier. Pehtu bawa balik goreng kat umah masing-masing.
Bolehlah dimakan bersama family tercinta. Tak kisah nak makan gitu-gitu je atau dgn nasi..

Hihi.. minta maap semua terpaksa layan tuan umah yg x brp sehat sikit hari ni..

Saturday, July 17, 2010

Pita bread

Bahan-bahan(8 biji):-
  • 200g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 150g air (air suam utk uli tgn)
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 1sudu kecil gula
  • 11/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil yis kering
Cara-cara:-
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh. "On" kan. Lepas itu boleh terus ke proses no.3
  2. Kalau uli guna tangan, uli sehingga doh tidak melekat ditangan. Kemudian buat bentuk bulat. Sapukan bowl dengan minyak masak. Letakkan doh roti. Tutup dgn tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda.
  3. Keluarkan doh, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Kemudian rehatkan doh selama 10-15 minit.
  4. Ambik sebiji doh, canaikan lebih kurang dalam 13cm diameternya. Buat sehingga doh selesai. Biarkan doh dalam 10-15minit atau doh tadi dah mula mengembang. Kemudian bolehlah bakar dengan oven selama 4 minit dengan suhu 230degree atau boleh juga bakar dengan fry pan yg tak melekat.
  5. Gambar di atas, pita bread yg dibakar dgn oven. Di bawah ini pula dibakar menggunakan fry pan.

Pita bread yg dibakar menggunakan fry pan.

Pita bread yg telah diisi dgn ayam popcorn,mayonis,sos tomato,tomato dan salad.

Friday, July 16, 2010

Green tea chiffon cake

Tengok kek cipok kat blog knor baru teringat kek cipon yg wat semalam yg tak sempat ditayangkan lagi. Ni resipinya. Takleh nak citer panjang.. banyak kerja umah yg belum disiapkan lagi ni :-(

Bahan-bahan(17cm):-
  • 3 biji telur (L)
  • 70g gula kastor
  • 30g minyak masak
  • 35ml air
  • 60g tepung naik sendiri
  • 10g green tea powder

Cara-cara:
  1. Campur tepung dan green tea powder. Kemudian ayak. Asingkan putih dan kuning telur.
  2. Dalam kuning telur, masukkan separuh daripada gula, minyak masak dan air. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan campuran tepung tadi. Kacau sehingga sekata.
  3. Pukul putih telur dengan gula yang selebihnya sehingga bertanduk.
  4. Ambik 1/3 daripada putih telur, masukkan ke dalam no.2 tadi. Kacau sehingga sebati.
  5. Tuang pula yg no.4 tadi ke dalam mangkuk putih telur( no.3). Kacau dengan kaedah kaup balik.
  6. Akhir sekali masukkan adunan kedlm loyang kek chiffon. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170 degree.
  7. Bila dah masak, ketika masih panas-panas lagi, telangkupkan loyang tadi. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Lain kali kena double resipi utk dptkan hasil yg cantik.. loyang yg diguna besar. Hasilnya jadi nipislah pulak.

Blower

Dah hampir 5 tahun aku ada kamera dlsr, baru arihni aku ada benda alah ni. Ni pun gara-gara bila semua gambo yg aku ambik ada titik hitam macam tahi lalat kak Syaripah Aini.

Bila tanya abg kamera , dia kata disebabkan kekotoran yg ada pada sensor. Aku dah intai pun pada sensor tu takdak nampak pun apa2 benda yg boleh menyebabkan titik itam tu. Dah try pun cuci dgn cleaning cloth tapi tak juga hilang.

Bila dah tahu sebabnya tu, aku try search kat net ni... fuhh byk sungguh cara2 cuci sensor kat youtube.

So hari ni aku gi ler beli blower tu kat kedai. Cuci guna blower tak mahu juga hilang. Pastu aku search kat net lagi.. jumpalah website ni cara-cara mencuci sensor .. guna tisu dan batang eskrem. Last sekali baru guna blower.. Ohhoho akhirnya aku berjaya hilangkan kotoran yg degil itewwww...
Terima kasih pd tuan punya website itu dan juga abg kamera yg telah menjawab segala permasaalahan aku itu.

Thursday, July 15, 2010

Ikan Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut

Ni ikan goreng peberet kami sekeluarga. Hidangan wajib setiap minggu. Tak terkira berapa kali dah masak ikan goreng ni. Dah try dgn macam2 jenis ikan. Bayangkanlah sejak mula-mula knor ganu pos resepi ni kat blog dia.. sejak tu jugalah ikan goreng ni menjadi menu wajib dlm setiap minggu. Sedap sangat..

Sape-sape yg belum try lagi boleh pi ngendap kat dapur knor atau boleh gak copy dari sini... Kak nor ni nak minta ijin utk copy paste resipi tu kat sini... Tima kaseh ye kak nor sebab kongsi resepi yg sgt mabeles ni.. Sejak masak ikan goreng ni, budak-budak dlm rumah ni terus tak pandang ikan goreng masak merah ke.. 3 rasa ke apa. 

Ikan Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut
 Bahan-bahan:-


  • 2 ekor ikan bawal
  • 1/4 cawan tepung serbaguna
  • 2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan ( time ghajin aku buatlah.. time malas selalu abaikan ni)
  • minyak utk menggoreng 
Cara-cara:-
    1. Bersihkan ikan dan keringkan.
    2. Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
    3. Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
    4. Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan
    Utk Sos :
    • 5 ulas bawang putih ~ dicincang
    • 3 ulas bawang merah ~ dicincang
    • 5 bj cili padi hijau ~ diicincang
    • 5 bj cili padi merah ~ dicincang
    • 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
    • 3 sudu besar sos tiram
    • 1/4 cawan cuka
    • 3 sudu besar sos ikan
    • 2 - 3 sudu besar gula
    • garam secukup rasa
    • 1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
    • 1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
    • minyak

    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
    2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
    3. Masak hingga mendidih.
    4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
    5. Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.
    Ni pula hidangan sampingan tadi sayur bendi berlado.

      Tuesday, July 13, 2010

      Ayam perap masak merah madu


      Arihni masak Ayam perap masak merah madu. Resipi dari  blog kak ummi. Tapikan.. tapikan aku wat tadi tak ikut betul-betul pun sukatan tu. Hanya guna 2 ketui whole leg. Kuantiti bhn2 lain pun aku adjes ikut suka hati ja. Puri tomato pulak.. oleh kerna takde dlm stok aku gantikan dgn 2 biji fresh tomato.

      Hasilnya emmmm... sodap.. Tapikan kalo masak ayam takleh nak amik budak2 dalam rumah ni sebagai juri. Depa ni tak suka makan ayam. Walau sedap mana aku masak ayam.. depa mkn sket ja. Tadi masak 2 ketui whole leg utk mkn tengahari masih tinggal lagi 2 ketui bahagian paha. Heran aku... depa ni makin besar makin kurang makan lauk. Tak kira ayam ke ikan. Daging dan udang langsung tak suka.

      Stop bebel pasal budak2.. ok ni resipi yg dikopipes dari blog kak ummi. Akak terima kasih ye.
      AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
      Sumber : Majalah SAJI

      Bahan:-
      • 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
      • 2 sb. rempah kari ayam
      • 1 sb. serbuk kunyit
      • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
      • 2 inci halia (ditumbuk)
      • 2 labu bawang besar (dikisar)
      • 2 sb. cili kering kisar (akak letak 3 sb.)
      • 5 sb. madu
      • 1 sudu besar gula merah
      • 2 sb. puri tomato (xde stok.. so ganti dgn fresh tomato)
      • garam secukup rasa
      • 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

      Cara Memasak:-
      1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam (akak lebih 4 jam..hehee)
      2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
      3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
      4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
      5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
      6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
      7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
      8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

      Sunday, July 11, 2010

      Choco Banana

      Pada sape-sape yang suka makan stroberi dgn cekelat, apa kata try pulak makan pisang dengan cekelat.. hihihi. Budak-budak tentu suka ni.

      Sardin Puff

      Gambar lama semata-mata. Bila makcik masak ni..dah lupo. Malam ni ada masa pula nak godek-godek gambo-gambo lama. Bukan takde benda nak buat.

      Banyak lagi kerja-kerja yg belum siap. Kain pun dah 2 hari tak berlipat. Pakaian pun banyak yang tak bergosok lagi. Tolak ke tepi ler benda-benda tu jap malam ni. Aku nak lepas gian ngadap pc lama-lama. Hahaha gelak brutal jap .

      Saturday, July 10, 2010

      Yogurt chiffon cake

      Bahan-bahah:
      • 4 biji
      • 60g gula kastor 
      • 110g yogurt
      • 20g jus lemon
      • 2 sudu besar minyak masak
      • 40g tepung gandum
      • 40g tepung jagung ( corn starch)
      • 1 sdk baking powder
      Cara-cara:-


      1. Asingkan putih dan kuning telur.
      2. Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.
      3. Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi,minyak masak,jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.
      4. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
      5. Masukkan no.4 ke dalam no.1 . Kacau dengan kaedah kaup balik.
      6. Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.
      7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan yang kek tadi. Biarkan sejuk.
      8. Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.

      Friday, July 9, 2010

      Tuna Pizza


      Bahan-bahan:
      • 300g tepung roti
      • 1/4 sudu kecil garam
      • 2 sudu besar gula
      • 2 sudu besar minyak masak
      • 170-180ml air ( kalau uli guna tangan, guna air suam)
      • 1 sudu kecil bread softener
      • Topping : sos piza, mayonis,tuna,crab sticks,sosej
      Cara-cara:
      1. Masukkan semua bhn ke dalam mangkuk adunan. Uli sehingga tak melekat ditangan. Buat bentuk bulat.
      2. Sapukan mangkuk dgn sedikit minyak. Kemudian masukkan doh pizza tadi. Tutup mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan doh naik dua kali saiznya.
      3. Ambik doh tadi. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Rehatkan sekejap dalam 5-10 minit.
      4. Ambik sebiji doh dan canaikan. Tekan-tekan pada bahagian tepinya. Kemudian bolehlah letak topping ikut suka hati.
      5. Bakar pizza dengan suhu 190 degree selama 15 minit.


        Roti Perang

        Bahan-bahan:-
        • 165g wholemeal flour(tepung perang?)
        • 85g tepung roti
        • 1/2 sudu kecil garam
        • 10g lemak sayur
        • 170g air
        • 20g gula perang
        • 1 sudu kecil bread softener

        Cara-cara:
        1. Boleh uli guna tangan,stand mixer,bread maker atau FP. Kalau guna tangan pastikan guna air suam. Bagi yg guna breadmaker boleh ikut arahan pd breadmaker masing2 dan terus ke langkah no.3.
        2. Selain dari itu kena uli sehingga doh tak melekat ditangan. Kemudian buat bentuk bulat. Bubuh doh dlm mangkuk yg telah disapu dengan sedikit minyak atau pun mentega. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda.
        3. Keluarkan doh dari mangkuk. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
        4. Bahagikan doh kepada lima Buat bulat-bulat.
        5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda.
        6. Potong bahagian tengan roti dengan pisau yang tajam.
        7. Kemudian boleh dibakar dengan suhu 190 degree selama 15 minit.

        Roti ni sesuai untuk dicicah dengan sardin ataupun pekena dengan kopi panas...emm yummy.


        Wednesday, July 7, 2010

        Yogurt mayo souce

        Bahan-bahan :-
        • 1 sudu besar plain yogurt
        • 1 sudu besar mayonis
        • 1 sudu besar sos cili atau tomato atau cili thai.
        Cara-cara:
        Gaul semua bahan-bahan di atas. Siap dihidangkan dengan apa jua makanan kegemaran anda.

        Choco Mousse Brownies



        Brownies (18cm):
        • 45 gm butter*
        • 65 gm gula halus*
        • 1 biji telur
        • 50 gm tepung gandum**
        • 1 sdb koko powder**
        • 1/2 tsp baking powder**

        Caranya:
        1. Pukul * hingga kembang & putih.
        2. Masukkan telur dan pukul lagi 3-4 minit.
        3. Ayak ** ke dalam adunan, kacau rata. Bakar hingga masak. Biar sejuk.


        Chocolate Mousse:
        • 140 gm dark cooking chocolate, cairkan secara double-boil
        • 1 sdb gelatin
        • 100 ml air
        • 2 putih telur
        • 200 gm whipping cream, dipukul hingga berkrim dan pekat
        • 40 gm gula halus

        Caranya:
        1. Masuk gelatin dalam 100 ml air. Biarkan 5 minit. Then campurkan ke dalam coklat cair, kacau hingga sebati dan biarkan sejuk.
        2. Pukul putih telur hingga kental sambil dimasukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan whipping cream bersama adunan gelatin yang bercampur coklat. Kacau perlahan-lahan hingga rata dan sebati.
        3. Tuangkan ke atas brownies dan simpan dalam petisejuk hingga set. Tabur serbuk koko di atasnya.

        New Horizon Garden Restaurant

        Masa balik kg sempena cuti sekolah lepas sempatlah gi makan kat restoren horizon ni. Makanan-makanan kat sini sedaplah nak-nak bila dapat makan free.. hihi

        Paling suka dengan masakan butter prawns dia. Nilah first time makan butter prawns yg sedap sgt.

        Rasanya separuh dari butter prawns ni telah berjaya masuk ke dalam mulut aku. Bukan aku tamak, tapi orang-orang yang duduk satu meja dgn aku ni tak suka makan udang. Kalu ada pun dorang makan sikit sangat.

        Ikan ni pun best jugak.. apa nama masakan entah. Lupalah. Almaklumlah semua org lain yang order dan org lain juga yang bayarnya..



        Ni plak kerabu mangga.. emm yummy..yummy sedap sangat.






        Ayam crispy ni pun sodapp.. rangup sangat.

        Sosnya yang masam-masam manis. Ditambah pula dgn parutan mangga, buatku teringat-ringat sampai sekarang.

        Ayam dan citer, ikan pun dah citer, udang pun dah citer. So ni daginglah pulak.. Ni pun tak tau masak apa. My kids kata daging ni sedap sangat tapi bagi aku dgn my hb.. ada rasa kureng sikit.



        Lepas acara makan-makan tu, acara potong keklah pulak. Makan free ni sebenarnya sempena sambut bday my adik ipar.
        "Happy birthday to You.. "

        Dragon fruit icecream

        Aiskrim Buah Naga/Dragon Fruit (source : knor)
        • 270gm tepung krimer ( spt. coffemate)
        • 500ml fresh milk
        • 120gm gula castor
        • 300gm buah naga
        1. Blend buah naga bersama sebahagian fresh milk.
        2. Campurkan kesemua bahan dgn balloon wisk hingga sebati.
        3. Sejukkan dlm freezer hingga 3/4 beku.
        4. Keluarkan dan pukul dgn mixer dgn kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu lebih kurang 10 ~ 15 minit.
        5. Masukkan dlm bekas dan simpan dlm freezer sekali lg sehingga aiskrim beku.
        6. Bila dah beku boleh la dihidangkan.
        * untuk mendapatkan hasil aiskrim yg betul2 halus dan cantik serta gebu, boleh la diulang sekali lg proses no 3 dan 4

        Tuesday, July 6, 2010

        Pandan Muffin


        Bahan-bahan ( 6 biji- 7cm acuan muffin )
        • 90g butter
        • 70g gula halus
        • 1 biji telur
        • 40ml susu segar
        • sedikit vanila esen
        • 110g tepung gandum
        • 1 sudu kecil baking powder
        • 1 sudu kecil pandan emulco

        Cara-cara
        1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
        2. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
        3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
        4. Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
        5. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.


        Pau Gebu


        Bahan-Bahan: (10 biji)

        • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
        • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
        • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
        • 50g (4 sudu makan) gula castor
        • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
        • 2g (1 sudu teh) bread softener
        • 1/2 cawan air suam

        Cara-cara:
        1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
        2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
        3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
        4. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
        5. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
        6. Masukkan inti dan tutup kemas.
        7. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
        8. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
        Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.

        ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.

        source : kak ton myr

        Puding Cendol




        Bahan-Bahan :-

        Lapisan Bawah

        • 500ml air
        • 180gm gula pasir
        • 300ml santan pekat
        • 10gm agar - agar powder
        • 500gm cendolsedikit garam

        Lapisan Atas
        • 500ml air
        • 200gm gula merah
        • 300ml santan pekat
        • 10gm agar - agar powder
        • 1 biji kuning telur
        • sedikit garam

        Cara membuat Lapisan Bawah:
        1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
        2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
        3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.
        Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

        cara membuat Lapisan Atas
        1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur.
        2. Tapiskan air gula.
        3. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
        4. Kocoh kuning telur di dalam santan.
        5. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam.
        6. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
        Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
        Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

        source : kak ogy myr

        Creamy potato croquettes


        Bahan-bahan:
        • 2 biji ubi kentang saiz besar - direbus dan dilenyek halus
        • 1/2 biji bawang besar - dicincang/dadu halus
        • 2 sudu besar daging/ayam cincang
        • 1 sudu besar mentega
        • garam dan serbuk lada sulah secukupnya

        bahan2 sos krim:
        • 1 sudu besar mentega
        • 1 sudu besar tepung gandum
        • 1/2 - 1 cawan susu segar
        • garam dan serbuk lada sulah secukupnya

        1 biji telur - dipukul sedikit
        breadcrumbs/serbuk roti secukupnya

        bahan2 sos pencicah - gaul rata:
        • mayonaise
        • sos cili
        • sos tomato

        cara:
        • panaskan mentega di dalam kuali
        • tumiskan bawang besar sehingga naik bau
        • kemudian masukkan daging/ayam cincang, garam dan serbuk lada sulah secukupnya
        • kacau sehingga daging/ayam masak
        • padamkan api
        • masukkan ubi kentang yang telah dilenyekkan tadi dan gaulkan sebati. ketepikan
        • panaskan mentega di dalam periuk
        • masukkan tepung dan kacau sehingga ianya bertukar menjadi perang
        • kemudian masukkan susu segar
        • sentiasa kacau supaya tidak berketul
        • masak sehingga pekat
        • kemudian tuangkan ke dalam adunan ubi kentang tadi (jangan tuangkan kesemuanya pandai agak2)
        • gaulkan semua bahan sehingga sebati
        • ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat (seperti membuat pegedil)
        • lakukan sehingga habis
        • panaskan minyak di dalam kuali
        • >ambil satu adunan bulat tadi, celupkan ke dalam telur dan coverkan dengan breadcrumbs
        • goreng sehingga keperangan
        • angkat dan hidangkan dengan sos pencicah
        • sedap dimakan panas2



        Watermelon smothie


        Bahan-bahan ( 4-5 orang )
        • 500g tembikai
        • 200ml susu segar
        • 100ml plain yogurt
        • 3 sudu besar gula
        • sedikit hirisan tembikai utk hiasan
        • sedikit chocolate chips utk hiasan
        • Daun pudina utk hiasan


        Cara-cara
        1. Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
        2. Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
        3. Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga daun pudina.

        Muffin coklat


        Bahan-bahan ( 10 biji )
        • 200g coklat masakan
        • 70g mentega
        • 2 biji telur
        • 50g gula halus
        • 60g tepung gandum
        • 1 sudu kecil baking powder
        Cara-cara
        1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
        2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
        3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
        4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
        5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
        6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

        Note: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

        Latest Update .. ♥

        Related Posts with Thumbnails